Monday, October 22, 2007

Semalam..

.. adalah hari yang paling gembira dalam hidup aku. Gembira yang dah lama aku tak rasai. Pelik, sebab aku jangkakan perkara sebaliknya yang terjadi.

Terlalu banyak yang bermain di fikiranku. Terlalu banyak yang ingin aku katakan. Tapi aku tahu, semuanya tiada makna. Biarpun aku luahkan segala-gala yang terbuku dalam hatiku ini, ia takkan mengubah apa-apa.

Sejarah dah mengajar aku. Dulu, aku gopoh. Tak berfikir panjang. Akhirnya, persahabatan yang terjalin tidak seperti dulu lagi. Kini aku berdepan dengan situasi yang sama. Bezanya sekarang, aku boleh memilih bagaimanakah kesudahannya.

Aku tahu, ramai yang berpendapat aku ini bodoh. Bodoh kerana terlalu cepat mengikut perasaan. Bodoh kerana sengaja mencari masalah tanpa berfikir apakah kesannya nanti. Bodoh kerana begitu mudah menyerahkan hatiku kepada insan bernama lelaki dalam sekelip mata.

Banyak yang aku takuti dalam dunia ini. Aku takut pandu kereta. Aku takut bawa basikal. Aku takut lintas jalan. Aku memang penakut, tapi satu-satunya benda yang aku tak takut adalah mengambil risiko dengan hati dan perasaanku, sehinggakan ada yang kata aku ini berani, malah terlalu berani. Pelik kan?

Dah banyak pengalaman yang aku timba. Dah banyak kesilapan yang aku lakukan. Dah banyak pengajaran yang aku terima. Tapi, aku yakin, banyak lagi kesilapan yang akan aku lakukan. Sebab aku perlu buat kesilapan supaya aku dapat belajar daripadanya.

Mungkin ramai yang pelik. Kenapa aku begitu bersungguh-sungguh untuk membuat kesilapan?

Padaku, tak kira betapa pedihnya hatiku setiap kali aku menghadapi kesilapanku, akan ada waktu dan ketika yang buat aku rasa bahagia yang tak dapat dilafazkan dengan kata-kata.

Seperti semalam.

Walaupun waktu dan ketika itu terlalu pendek jika dibandingkan dengan kepedihan yang aku lalui selepas itu, tapi pada aku semuanya berbaloi. Kalau ini dipanggil kebodohan, terpulanglah. Aku sanggup jadi orang bodoh daripada jadi orang yang tak pernah membenarkan hati dan perasaannya.

Aku takkan patah semangat.

2 comments:

rIn said...

apa jadi????
ceritalah.....

NHA said...

I'm alright now :)